Buku Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan Syarikat ASEAN di China diterbitkan baru-baru ini. Buku tersebut disunting bersama oleh Pusat ASEAN Radio Antarabangsa China (CRI) dan Sekretariat pihak China Majlis Perdagangan China-ASEAN diterbitkan baru-baru ini.
Buku itu menerangkan proses pembangunan dan masa depan zon tersebut serta keadaan pengurusan beberapa syarikat yang terkenal dari ASEAN di China.
Ketua Setiausaha Eksekutif pihak China majlis tersebut, Xu Ningning dalam prakata buku tersebut menyebut, buku itu membolehkan lebih banyak syarikat ASEAN berkongsi pengalaman pelaburan dan pengurusan di China agar mereka mencapai kejayaan yang lebih besar.








