Cari:
Binaan Asas Balai Pameran Singapura untuk Ekspo Dunia 2010 di Shanghai Siap
2009-11-27 11:45:28 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pembinaan asas balai pameran Singapura untuk Ekspo Dunia Shanghai 2010 China telah selesai dibina semalam.

Menteri Kesihatan Singapura, Khaw Boon Wan telah menghadiri upacara sempena siapnya fasa eprtama projek itu. Beliau menyatakan, balai Singapura itu akan menyediakan peluang kepada Singapura dan China untuk meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan khususnya dalam bidang perlindungan alam sekitar dan kawalan sumber air.

Menurut Jabatan Pelancongan Singapura yang menguruskan hal ehwal pameran Singapura bagi Ekspo Dunia itu, balai tersebut akan mempamerkan kegiatan Singapura dalam bidang pembangunan bandar yang ideal kepada rakyat seluruh dunia. Di samping itu, Singapura juga berharap dapat menarik lebih ramai pelancong China ke negara itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China