Wednesday Apr 9th   2025 
Tentang CRI
Siaran Bahasa Melayu
Cari:
China Berusaha Kawal Jumlah Pelepasan Gas Karbon Klorofluoro
2009-11-28 15:05:47 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China berusaha gigih mengawal jumlah pelepasan gas karbon klorofluoro dalam rangka pembangunan secara berterusan. Sementara itu, China berharap pelbagai pihak memberi penilaian yang objektif dan adil terhadap usaha China dalam bidang tersebut.

Wakil Khas Kementerian Luar China mengenai rundingan perubahan iklim, Yu Qingtai berkata demikian ketika memperkenalkan matlamat dan langkah kerajaan China untuk mengawal jumlah pelepasan gas karbon klorofluoro semalam. Menurutnya, China akan berusaha menurun 40% hingga 45% jumlah pelepasan karbon dioksida bagi seunit KDNK pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2005. Langkah tersebut memperlihatkan perhatian yang besar dan kehendak yang positif kerajaan China dalam usaha menangani masalah perubahan iklim.

Menurut beliau, walaupun China menghadapi pelbagai masalah seperti krisis kewangan, namun China yakin akan mencapai matlamat itu dan memberi sumbangan yang sepatutnya kepada masyarakat antarabangsa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China