Syarikat dan orang awam dari Chnia dan negara-negara ASEAN akan mendapat faedah daripada Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang akan diwujudkan pada 1 Januari tahun 2010. Demikian dinyatakan oleh pakar isu ASEAN, Ketua Pengarah Institut Pengajian Asia Tenggara Universiti Jinan, Profesor Cao Yunhua semasa diwawancara oleh wartawan CRI di Guangzhou pada 26 November.
Beliau menyatakan, penurunan cukai merupakan keuntungan yang paling besar yang diberikan oleh Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN kepada syarikat dan orang awam China dan negara-negara ASEAN. Barang dagangan dapat memasuki pasaran pihak lain dengan harga yang lebih murah. Ini bermakna bahawa lebih banyak barang dagangan dapat dipilih oleh orang awam.
Menurut beliau, perkara yang lebih penting ialah syarikat China dan negara-negara ASEAN seharusnya mengetahui peraturan perdagangan yang berkenaan dari pihak lain. Hanya dengan demikian barulah mereka dapat menggunakan sepenuhnya keutamaan yang disediakan oleh Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.








