Cari:
Dasar Ekonomi Makro China Tahun Depan Tidak Berubah
2009-11-28 10:11:42 CRI Cetak

Rancangan pembangunan ekonomi China tahun 2010 telah dibincangkan dalam Sidang Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China semalam. Rencana yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Xinhua menyatakan, sidang ini menunjukkan bahawa dasar ekonomi makro China tahun depan tidak berubah dan kawalannya mungkin lebih fleksibel.

Menurutnya, peningkatan ekonomi China kini telah pulih hampir sama dengan taraf sebelum terjadinya krisis kewangan global. Pegawai kerajaan dan pakar ekonomi juga berpendapat bahawa kadar peningkatan KDNK tahun ini akan mencatat 8%. Bagaimanapun, pakar juga menyatakan, ini tidak bermakna ekonomi akan meningkat sendiri secara mantap. Penganalisis ekonomi makro syarikat sekuriti Guoxin, Lin Songlin menyatakan, dijangka, permintaan di luar negara tahun depan akan lebih baik daripada tahun ini, tapi pada keseluruhannya masih lemah. Berasaskan situasi tersebut, China sepatutnya mempertahankan dasar ekonomi makro yang mantap dan berterusan, melaksanakan dasar kewangan yang positif.

Ahli ekonomi kanan dari Jabatan Perwakilan Bank Pembangunan Asia di China, Encik Zhuang Jian menyatakan, usaha China mempertahankan dasar ekonomi makro yang mantap dan berterusan lebih bermanfaat bagi meningkatkan keyakinan para pelabur, kawalan makro yang lebih fleksibel juga akan membolehkan kerajaan lebih mudah menangani masalah yang mungkin berlaku dalam operasi ekonomi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China