Cari:
Wen Jiabao dan Pemimpin Troika Kumpulan Euro Bincangkan Isu Kadar Tukaran RMB
2009-11-29 16:00:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao menemui pemimpin Troika Kumpulan Negara-Negara Euro, iaitu pengerusi kumpulan itu, yang juga Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Luxembourg, Jean-Claude Juncker, Presiden Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet dan Ahli Suruhanjaya Kesatuan Eropah Mengenai Hal-Ehwal Ekonomi dan Mata Wang, Joaquin Almunia di bandar Nanjing hari ini.

Mereka bertukar-tukar pendapat tentang peningkatkan kerjasama ekonomi dan kewangan serta isu kadar tukaran RMB.

Ini merupakan kali pertama pemimpin Troika kumpulan Euro melawat China dalam tempoh 3 tahun yang lalu. Lawatan tersebut bertujuan untuk mewujudkan rangka dialog antara pemimpin politik, ekonomi dan mata wang Kumpulan Negara-Negara Euro dengan kerajaan China serta meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang ekonomi dan mata wang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China