Kadar peningkatan tahunan nilai keseluruhan perdagangan import dan eksport dari kawasan barat China purata melebihi 20% dari tahun 2000 hingga tahun 2009. Demikian dimaklumkan oleh Jabatan Kastam China dalam sidang akhbar tentang pembangunan secara besar-besaran kawasan barat semalam.
Pengarah Jabatan Penerangan Jabatan Kastam China, Puan Wang Hua menyatakan, semenjak strategi pembangunan secara besar-besaran kawasan barat China dilaksanakan 10 tahun lalu, kerajaan tempatan yang berkenaan menggalakkan secara positif perdagangan pemprosesan berasaskan sumber alam yang kaya-raya dan kos tenaga kerja yang rendah di kawasan barat. 10 kawasan pemprosesan eksport bebas tarif telah ditubuhkan di sana. Kadar peningkatan tahunan nilai keseluruhan import dan eksport perdagangan pemprosesan di kawasan barat purata mencecah lebih 25%. Angka ini lebih tinggi daripada kawasan timur.