China berjanji akan bertindak untuk memastikan matlamat pengurangan pelepasan gas rumah hijau yang diumumkan baru-baru ini, tercapai.
Demikian ditegaskan Perdana Menteri China, Wen Jiabao pada sidang akhbar selepas Pertemuan Kemuncak China-Kesatuan Eropah (EU) ke-12 di bandar Nanjing, Jiangsu hari ini.
Menurutnya, matlamat tersebut merupakan inisiatif yang dibuat oleh kerajaan China secara saintifik untuk menangani masalah perubahan iklim. Pencapaian matlamat itu memang memerlukan usaha yang gigih dan berterusan.
Beliau berkata, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan China untuk menangani masalah perubahan iklim, telah mencapai hasil yang ketara. Bagaimanapun, beliau menegaskan, pertumbuhan ekonomi China yang pesat pasti akan menyebabkan peningkatan jumlah pelepasan gas rumah hijau pada tahap yang berpatutan. Dengan pembangunan sedemikian, kemampuan China dalam menangani masalah tersebut dapat dipertingkatkan.