Upacara perasmian Pejabat Perwakilan Syarikat Telekom China ke Vietnam diadakan di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.
Presiden Syarikat Antarabangsa Telekom China (Hong Kong) Berhad, Deng Xiaofeng yang menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian, berkata sebagai badan tetap di Vietnam, pejabat perwakilan Telekom China akan bertanggungjawab terhadap urusan Telekom China di subkawasan Sungai Mekong. Melalui pejabat perwakilan itu, Telekom China dapat mengeratkan hubungan dengan rakan dan penggunanya, dan memberikan rancangan penyelesaian komunikasi bersepadu yang berkesan dan berbagai-bagai perkhidmatan telekomunikasi.
Kaunselor Kedutaan Besar China ke Vietnam, Zhang Lianyou menyatakan, harapannya supaya Telekom China meningkatkan kerjasama dengan syarikat tempatan untuk memberikan perkhidmatan telekomunikasi yang lebih baik kepada pengguna di Vietnam dan seluruh subkawasan Sungai Mekong.