Cari:
Brunei Akan Pamerkan Makanan Halal dalam Ekspo China-ASEAN Ke-7
2009-12-01 15:25:22 CRI Cetak
Menurut Sekretariat Ekspo China-ASEAN, lebih 30 syarikat dari Brunei akan menyertai Ekspo China-ASEAN ke-7 pada tahun 2010. Barangan dari negara itu yang akan dipamerkan meliputi makanan halal, produk pertanian, produk akuatik, barang-barang kraftangan dan sektor perkhidmatan maklumat.

Syarikat dari Brunei benar-benar mendapat banyak manfaat daripada Ekspo China-ASEAN ke-6. Projek berhubung dengan teknik penanaman padi dan penternakan lebah yang dipelajari dari Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, berjalan dengan lancar. Program kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang akuakultur juga dipergiatkan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China