Cari:
Kestabilan Kadar Pertukaran RMB Bermanfaat bagi Pemulihan Ekonomi Dunia
2009-12-01 12:23:24 CRI Cetak

China akan terus melaksanakan pembaharuan kadar pertukaran RMB, dan menganggap kestabilan kadar pertukarannya amat penting dan bermanfaat bagi pemulihan ekonomi dunia.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan China, Chen Deming dalam Upacara Perasmian Kajian Kebolehlaksanaan Bersama Kawasan Perdagangan Bebas China-Switzerland di Geneva semalam.

Beliau berkata, dalam situasi krisis kewangan antarabangsa yang serius lebih setahun yang lalu, kerajaan China dapat mengatasi pelbagai kesukaran, merancakkan pelaburan, dan meningkatkan perdagangan import. Tindakan untuk menstabilkan kadar pertukaran oleh kerajaan China sesuai dengan keperluan pembangunan ekonomi negara dan sesuai dengan keperluan kestabilan ekonomi dunia. Jumlah perdagangan eksport China menurun dengan besar manakala jumlah perdagangan import menurun tidak begitu banyak. Ini bererti China memberi sumbangan besar terhadap kestabilan ekonomi dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China