Cari:
EU: China Semakin Mementingkan Penjimatan Sumber Tenaga dan Perlindungan Alam Sekitar
2009-12-01 12:12:33 CRI Cetak

China sedang meningkatkan pelaburan terhadap projek sumber yang boleh diperbaharui, dan "arus hijau" sedang berkembang di China.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Bergilir Kesatuan Eropah (EU), Switzerland dalam laman web negara pengerusi semalam.

menurutnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penjanaan kuasa elektrik dengan tenaga angin berkembang dengan pesat di China, dan ia telah menjadi negara ke-3 terbesar yang menjana kuasa elektrik dengan tenaga angin. Hingga tahun 2020, jumlah elektrik yang dijana dengan tenaga nuklear akan meningkat 5 kali ganda berbanding dengan sekarang. Di China, sebanyak 150 juta orang sedang menggunakan tenaga suria, dan sebanyak 95% tenaga suria China dieksport ke negara asing. Ini menjadikan China peneroka tenaga suria yang paling maju di dunia. Pembangunan industri tenaga angin, suria, air serta nuklear juga menjamin keselamatan sumber tenaga di China.

Menurut pengerusi itu, jumlah penduduk yang terlalu banyak menjadikan industri pengangkutan sebagai salah satu punca utama pelepasan gas rumah hijau. China telah mengeluarkan piawaian pelepasan asap gas ekzos kereta yang lebih ketat, dan giat membina sistem pengangkutan awam di bandar-bandar utama.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China