Cari:
Masyarakat Antarabangsa Perlu Utamakan Pendirikan Negara-negara Membangun Terhadap Masalah Perubahan Iklim
2009-12-01 18:54:50 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa perlu mengutamakan perhatian dan pendirian negara-negara membangun terhadap masalah perubahan iklim.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.

Wakil China, India, Brazil, Afrika Selatan dan Sudan, Pengerusi "Kumpulan 77" telah mengadakan perbincangan di Beijing pada 27 dan 28 November lalu. Para wakil mencapai kata sepakat tentang masalah penting dalam rundingan perubahan iklim, dan menuntut negara maju perlu menunaikan tanggungjawab dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam fasa kedua. Qin Gang berkata, persefahaman tersebut mencerminkan perhatian negara membangun terhadap masalah perubahan iklim. Ini perlu diutamakan oleh negara maju dan masyarakat, supaya mereka boleh berusaha keras untuk menjayakan Sidang Copenhagen yang akan diadakan tidak lama lagi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China