Cari:
China dan Indonesia Sedia Pergiat Kerjasama
2009-12-02 10:29:07 CRI Cetak

China menganggap hubungan dengan Indonesia sangat penting, dan bersedia mempergiatkan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk mengeratkan lagi hubungan rakan strategik antara kedua-dua negara.

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Liu Qi berkata demikian dalam pertemuannya dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Jabatan Presiden di Jakarta semalam.

Presiden Susilo berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang pertanian, sumber tenaga dan pelancongan, mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan. Kerjasama ini juga amat membantu untuk merangsang pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara sehingga berjaya menangani impak negatif ekoran krisis kewangan global.

Liu Qi mengadakan lawatan persahabatan selama 5 hari ke Indonesia mulai 28 November atas undangan Parti Domokratik negara itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China