Kawasan perdagangan bebas China-ASEAN yang akan ditubuhkan pada Januari tahun depan menandakan keterbukaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi akan meningkat ke suatu tahap yang baru.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi wilayah itu, Ma Biao ketika diwawancara oleh wartawan CRI.
Menurut beliau, Guangxi sebagai satu-satunya kawasan yang bersempadan darat dan laut dengan negara jiran China menjadi jendela pertukaran dan kerjasama China dengan ASEAN. Guangxi sebagai peserta pembinaan kawasan perdagangan bebas China-ASEAN, mendapat manfaat daripada kawasan itu.
Mengenai strategi perkembangan Guangxi selepas penubuhan kawasan perdagangan bebas tersebut, Ma Biao berkata, pihaknya akan menggunakan peluang yang berharga ini berusaha menjadikan Guangxi sebagai pusat pertukaran maklumat, dan pangkalan logistik, serta perdagangan dan pengeluaran serantau.