Cari:
WWF: Janji China Untuk Kurangkan Pelepasan Karbon Dioksida Bersifat Membina
2009-12-03 15:17:36 CRI Cetak
Janji kerajaan China untuk mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida bagi setiap unit KDNK sebanyak 40% hingga 45% pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2005, akan memainkan peranan yang bersifat membina dalam usaha menangani masalah perubahan iklim sejagat.

Pengarah Program Dasar Sumber Tenaga Global Tabung Alam Sedunia (WWF), Dr. Stephan Singer berkata dalam sidang akhbar di Brussels semalam, beberapa negara membangun yang lain, seperti Indonesia, India, Brazil dan Afrika Selatan, mengemukakan rancangan untuk membangunkan sumber tenaga bersih dan mengurangkan penebangan hutan. Ini juga amat besar maknanya untuk menjayakan usaha tersebut. Bagaimanapun, menurutnya, walaupun negara-negara membangun sudah bertindak begitu aktif, negara-negara maju "belum pun memulakan kerja-kerja yang patut mereka buat".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China