Pusat Iklim Negara China menyediakan perkhidmatan maklumat yang lebih terperinci terhadap ramalan perubahan iklim di seluruh negara secara percuma kepada pengguna dalam dan luar negeri.
Perkhidmatan seumpama itu mula disediakan oleh Pusat Iklim Negara sejak tahun lalu. Ia meliputi maklumat mengenai ramalan suhu dan sukatan hujan di seluruh negara menjelang tahun 2100. Maklumat tersebut boleh dijadikan panduan untuk menilai kesan perubahan iklim terhadap keadaan sumber air, industri perhutanan dan pertanian di negara ini. Ia juga dianggap rujukan penting dalam menyusun cadangan bagi menangani perubahan iklim.