China memahami keadaan yang dihadapi oleh India terhadap masalah perubahan iklim. China menyokong India bertindak mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk menghadapi perubahan iklim berdasarkan keadaan negara dan kemampuannya. China bersedia meningkatkan interaksi, penyelarasan dan kerjasama dengan India tentang masalah itu.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang di Beijing hari ini. Kata beliau, China dan India sama-sama negara membangun dan menjadi mangsa perubahan iklim. Kedua-dua negara mempunyai pendapat dan permintaan yang sama terhadap masalah itu. Mereka menuntut negara maju memberikan contoh yang baik, iaitu lebih dahulu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, dan membekalkan sokongan dari segi dana dan teknologi kepada negara membangun.