Demikian dinyatakan oleh penyelaras Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di China, Khalid Malik, pada seminar kebudayaan "30 tahun PBB di China".
Beliau membuat penilaian terhadap matlamat mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam unit KDNK China yang diumumkan tidak lama dahulu.
Beliau berkeyakinan bahawa negara China akan memainkan peranan sebagai ketua antara delegasi dari berbagai negara dalam perbincangan semasa Persidangan Copenhagen.
Menurutnya, mengurangkan pelepasan karbon dioksida adalah masalah yang sama-sama dihadapi di seluruh dunia, oleh itu semua negara sama ada yang kaya atau miskin, perlu ada komitmen.