India akan berusaha mencapai matlamatnya dalam mengurangkan 20%-25% pelepasan gas rumah hijau berbanding dengan tahun 2005, menjelang tahun 2020. Demikian dinyatakan oleh Menteri Perlindungan Alam Sekitar negara itu, Jairam Ramesh dalam persidangan Parlimen semalam.
Walau bagaimanapun, India tidak akan menandatangani sebarang perjanjian yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang dalam sidang kemuncak PBB mengenai perubahan iklim sejagat yang akan diadakan di Copenhagen bulan ini.
Beliau menegaskan, India bersedia memikul tanggungjawabnya dalam menangani masalah alam sekitar sejagat. Namun, tanggungjawab itu perlu bersesuaian dengan matlamat pembangunan ekonomi negara itu kerana India sebuah negara membangun yang masih menghadapi masalah kemiskinan.
Jairam Ramesh berkata, India akan mengurangkan 37% pelepasan gas rumah hijau berbanding dengan tahun 2005 menjelang 2030. Namun, demi mencapai matlamat tersebut, India memerlukan lebih banyak bantuan daripada negara maju dari segi teknologi sumber tenaga mesra alam.