Cari:
Hong Kong dan Malaysia Sepakat Tingkatkan Kerjasama Ekonomi
2009-12-04 10:55:33 CRI Cetak

Hong Kong dan Malaysia akan meningkatkan kerjasama ekonomi, di samping mendorong kerjasama dalam bidang perdagangan komoditi, perdagangan perkhidmatan, pelaburan, teknologi, industri inovasi, pembangunan perusahaan sederhana dan kecil serta pelancongan.

Demikian butir-butir yang terkandung dalam Kenyataan Bersama tentang Meningkatkan Kerjasama Ekonomi. Kenyataan tersebut ditandatangani oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Perdagangan dan Ekonomi Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Rita Lau Ng Wai-lan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed yang sedang menghadiri Sidang Peringkat Menteri Ke-7 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, Switzerland pada 1 Disember lalu.

Isi kandungan kenyataan itu meliputi ketelusan undang-undang perdagangan, serta kerjasama untuk meningkatkan peluang perdagangan di pasaran yang lain, dan akan meningkatkan kerjasama dalam bidang bantuan teknologi.

Rita Lau Ng Wai-lan berkata kenyataan bersama yang ditandatangani itu telah menyediakan asas bagi Hong Kong dan Malaysia untuk membincangkan perjanjian perdagangan bebas pada masa depan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China