Cari:
CAFTA akan Tingkatkan Kerjasama Antara Fujian dengan ASEAN
2009-12-04 16:12:01 CRI Cetak

Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang akan siap dibina pada 1 Januari 2010 itu akan memperluas prospek kerjasama perdagangan antara provinsi Fujian, China dengan ASEAN.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pusat Kajian Asia Tenggara Universiti Xiamen, Profesor Wang Qin semasa diwawancara oleh wartawan CRI. Katanya, dengan penubuhan kawasan tersebut syarikat-syarikat Fujian akan mendapat lebih banyak peluang ekoran pasaran yang akan diperluaskan dan duti kastam dibatalkan. Dengan demikian syarikat-syarikat tersebut perlu menyelaraskan strategi dan operasinya.

Beliau memaklumkan, Hubungan perdagangan antara povinsi Fujian dengan ASEAN sedang meningkat. ASEAN menjadi kawasan penting bagi kepelbagaian dan kerjasama perdagangan luar provinsi Fujian.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China