Pesta Tanglung Ais berlangsung di bandar Hat Yai, selatan Thailand semalam, sekali gus membuka tirai siri aktiviti sambutan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik Thailand-China.
Pesta itu mempamerkan tanglung kertas yang cantik serta tanglung ais dari bahagian utara China yang amat unik. Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Pelancongan Thailand, Suraphon berkata, ukiran dan pahatan ais yang dihasilkan oleh pakar dari Haerbin China amat menarik. Pamaran tersebut dapat membantu mengembangkan sektor pelancongan di kedua-dua negara.