Cari:
China Peruntukan 6.5 Bilion Yuan RMB untuk Lindungi Padang Rumput Mongolia Dalam
2009-12-06 16:24:50 CRI Cetak

China telah memperuntukkan sebanyak 6.5 bilion yuan RMB untuk melindungi padang rumput di Mongolia Dalam dengan menyasarkan pengurangan kawasan yang mengalami hakisan tanah dari 46 juta hektar kepada 33 juta hektar.

Wilayah Autonomi Mongolia Dalam mempunyai padang rumput yang paling luas di China, iaitu 87 juta hektar. Mulai penghujung tahun 1990-an, sebahagian padang rumput telah mengalami hakisan tanah yang serius disebabkan oleh muzim kemarau yang berlarutan ataru ternakan yang terlalu banyak.

Sejak tahun 2000, China telah memperuntukkan beberapa billion yuan RMB untuk menangani masalah hakisan tanah di Mongolia Dalam. Dijangka menjelang tahun 2010, kadar peliputan pertumbuhan di padang rumput di Mongolia Dalam akan ditingkatkan kepada 42%, dan terus kepada 48% pada tahun 2015. Ekologi alam sekitar di padang rumput itu akan dipulih dengan baik.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China