Cari:
Sidang Perubahan Iklim PBB Copenhagen Perlu Menjadi Titik Perubahan
2009-12-07 12:43:27 CRI Cetak

Sidang Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Copenhagen perlu menjadi titik perubahan untuk menyelamatkan masa hadapan iklim global.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Eksekutif Sekretariat Kovensyen Rangka Perubahan Iklim PBB, Yve De Boer dalam sidang akhbar di Copenhagen, Denmark semalam. Menurut beliau, delegasi pelbagai negara perlu mengambil peluang sidang ini untuk mengemukakan langkah jangka panjang yang berkesan bagi menghadapi perubahan iklim. Katanya, negara maju perlu membantu negara-negara membangun dari segi teknikal dan modal, membuat janji masing-masing dalam mengurangkan pelepasan sisa gas serta mengemukakan matlamat masa hadapan melibatkan pelepasan gas rumah hijau dalam jangka masa panjang.

 

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China