Cari:
Prospek Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Fujian dan ASEAN akan Lebih Cerah Selepas Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN Diwujudkan
2009-12-07 11:58:02 CRI Cetak

Prospek kerjasama ekonomi dan perdagangan antara provinsi Fujian dan ASEAN akan menjadi lebih cerah apabila Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN diwujudkan pada 1 Januari tahun 2010. Demikian dinyatakan Ketua Pusat Penyelidikan Asia Tenggara Universiti Xiamen Fujian China, profesor Wang Qin.

Ketika diwawancara oleh wartawan CRI, profesor Wang Qin berkata, pembinaan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan mendatangkan banyak peluang kepada syarikat-syarikat di Fujian.

Menurut Wang Qin, ASEAN merupakan rakan dagang ketiga terbesar, pasaran pengeksportan keempat terbesar, pasaran pengimportan kedua terbesar dan punca pelaburan ketiga terbesar bagi Fujian. Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Fujian dengan ASEAN semakin erat dan prospeknya lebih cerah.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China