Cari:
Pegawai Diplomat Negara Lain di China Memberi Penghargaan kepada Sasaran China Mengenai Pelepasan Karbon Dioksida
2009-12-07 12:19:24 CRI Cetak

Persidangan Perubahan Iklim PBB dimulakan di Copenhagen, ibu negara Denmark hari ini. Baru-baru ini, sasaran pelbagai negara mengenai pelepasan gas rumah hijau turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.

Pada 26 November lalu, China mengumumkan bahawa pelepasan karbon dioksida untuk seunit KDNK di negara ini akan diturunkan antara 40% hingga 45% menjelang tahun 2020 berbanding dengan tahun 2005.

Menurut akhbar Harian Renminribao hari ini, Duta Besar Denmark, Jeppe Tranholm-Mikklsen mengatakan, dalam beberapa tahun yang lalu, China sentiasa berusaha untuk menangani masalah perubahan iklim dan mengemukakan sasaran pelepasan gas rumah hijau dan sasaran mengembangkan sumber yang boleh dibaharui serta memajukan perhutanan. Pihaknya mengalu-alukan sasaran pelepasan karbon dioksida yang dikeluarkan kerajaan China tersebut.

Duta Besar Kesatuan Eropah ke China, Serge Abou berkata, China sebagai negara membangun yang paling besar menyumbang ke arah mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mengeluarkan sasaran berkenaan. Ini merupakan contoh yang boleh diteladani oleh negara lain.

Utusan Khas Thailand ke China, Wala Wu juga menyatakan bahawa sasaran yang ditetapkan itu merupakan tindakan berani yang diambil kerajaan China sambil menyifatkan China sebagai sebuah negara besar yang bertanggungjawab.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China