Cari:
China Tekankan Pengubahan Kaedah Pembangunan Ekonomi pada Tahun Depan
2009-12-08 16:35:46 CRI Cetak

Sidang Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat China berakhir di Beijing semalam. Di samping menjamin kesinambungan dan kestabilan dasar makroekonomi, serta terus melaksanakan dasar fiskal yang positif dan dasar kewangan yang longgar, sidang tersebut juga menekankan usaha mendorong pengubahsuaian kaedah pembangunan ekonomi, dan terus memperluas permintaan dalam negeri, terutamanya dengan meningkatkan permintaan penggunaan penduduk.

Sidang Kerja Ekonomi Kerajaan Pusat Tahunan merupakan sidang ekonomi yang peringkat tertinggi di China. Matlamat sidang ini adalah untuk membuat persiapan bagi melaksanakan program ekonomi negara pada tahun yang akan datang. Sidang kali ini telah mengeluarkan dasar fiskal yang positif dan dasar kewangan yang longgar yang akan terus dilaksanakan pada tahun depan. Sementara itu, sidang ini juga menegaskan bahawa kecepatan peningkatan pinjaman perlu dikawal pada tahun depan. Ini bermakna kecepatan peningkatan pinjaman yang mencecah hampir 10 trilion yuan RMB pada tahun ini akan dilambatkan pada tahun depan.

Sidang tersebut turut menegaskan bahawa kerja ekonomi pada tahun depan perlu memberi keutamaan kepada pengubahan kaedah pembangunan, dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi yang stabil dengan kecepatan pengubahan kaedah pembangunan ekonomi. Oleh itu, sidang tersebut mengemukakan cadangan untuk memberikan keutamaan bagi usaha memperluaskan permintaan dalam negeri terutamanya meningkatkan permintaan pengguna, berusaha mendorong proses urbanisasi, serta memperbaiki struktur industri agar penyusunan semula struktur ekonomi mencapai kemajuan yang ketara.

Menurut Profesor Yuan Gangming dari Pusat Kajian Ekonomi China dan Dunia, Universiti Tsinghua, sidang kali ini telah mengemukakan isu tentang penyelarasan pembahagian pendapatan rakyat yang perlu ditingkatkan supaya meningkatkan permintaan pengguna.

"Jika nisbah pendapatan penduduk tidak ditambah, keupayaan pengguna tidak mungkin meningkat. Maka, nisbah pendapatan penduduk perlu ditambah supaya kadar penggunaan dapat meningkat dalam ekonomi China."

Dengan harga rumah yang meningkat dengan pesat baru-baru ini, sidang tersebut mengemukakan cadangan untuk menambah jumlah rumah komersial, dan meningkatkan pembinaan rumah kos rendah untuk mereka yang berpendapatan rendah.

Selain itu, sidang ini juga menyatakan perlunya mendorong proses urbanisasi, terutamanya meningkatkan pembangunan bandar sederhana dan kecil, serta pekan kecil; menggalakkan petani berpindah ke bandar, melonggarkan sekatan pendaftaran di bandar sederhana dan kecil serta pekan. Profesor Yuan Gangming menyatakan bahawa jumlah penduduk di bandar sederhana dan kecil serta pekan agak banyak. Di samping mengembangkan kawasan tersebut, penggunaan juga diperluaskan.

Ada pakar yang berpendapat bahawa pendaftaran kediaman di bandar dan di pekan merupakan prasyarat untuk menikmati perkhidmatan awam seperti pendidikan, perubatan dan rumah yang rendah sewanya di bandar dan di pekan. Tindakan yang melonggarkan sekatan pendaftaran kediaman di bandar sederhana dan kecil serta pekan akan menyimbangkan penghijrahan petani antara bandar dengan kampung. Ini bukan sahaja akan meningkatkan penggunaan, tetapi juga akan mendorong penyelesaian masalah akibat perbezaan antara bandar dengan kampung, dan memelihara kestabilan masyarakat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China