Kerajaan China, seperti negara membangun yang lain berharap persidangan Copenhagen diadakan dengan berjaya.
Naib Ketua Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Encik Xie Zhenhua dalam sidang akhbar semalam berkata bahawa melalui rundingan dalam tempoh dua tahun lalu, persidangan kali ini sepatutnya mencapai perjanjian yang bersifat undang-undang yang tuntas. Ini pun menjadi apa yang diharapkan oleh negara-negara membangun pada umumnya. Persidangan Copenhagen perlu mengamalkan prinsip "memikul tanggungjawab yang sama tetapi tugas berlainan" dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, negara maju sepatutnya memberikan sokongan dana dan teknikal yang mencukupi kepada negara membangun supaya mereka dapat meningkatkan kemampuan masing-masing dalam bidang tersebut.