Cari:
Tindakan Negara Membangun untuk Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau Merupakan Motivasi bagi Negara Maju
2009-12-08 12:08:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Negara-negara membangun termasuk China memberi sumbangan dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, tindakan dan perjanjian mereka merupakan motivasi bagi negara maju. Setiausaha Eksekutif Sekretariat Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB, Yvo De Boer berkata demikian semalam di Copenhagen.

Dalam sidang akhbar selepas upacara perasmian Persidangan Perubahan Iklim Copenhagen diadakan, Pengerusi Persidangan Copenhagen, Connie Hedegaard berkata bahawa tindakan dan perjanjian negara membangun merupakan tekanan kepada negara maju dan dapat menggesa mereka mengambil langkah yang selanjutnya.

Yvo De Boer berkata bahawa sasaran penggunaan sumber tenaga yang ditetapkan oleh China akan menyumbang 25% dalam usaha mewujudkan sasaran dunia termasuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida dan melambatkan proses pemanasan global.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China