Cari:
Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN Titik Tolak Penting Usaha Mewujudkan Perdagangan Bebas Serantau
2009-12-08 16:28:31 CRI Cetak

Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN akan siap dibina pada 1 Januari tahun 2010. Ia merupakan zon perdagangan bebas yang pertama bagi China dengan pihak luar dan turut menjadi zon perdagangan bebas yang pertama bagi ASEAN sebagai entiti ekonomi yang tunggal.

Ketika menyentuh tentang zon perdagangan bebas yang akan siap dibina itu, pakar isu ASEAN, Ketua Pengarah Pusat Kajian Asia Tenggara, Universiti Jinan China, Prof. Cao Yunhua menyatakan bahawa kerajaan dan syarikat merupakan dua pemain peranan utama dalam proses penyempurnaan zon perdagangan bebas itu pada masa depan. Kata beliau: "Kerajaan bertanggungjawab mengadakan rundingan dan menandatangani perjanjian. Kemudian, bagaimana mempromosi barang dagangan sendiri dan mendapatkan pengiktirafan pengguna adalah perkara yang perlu dilakukan oleh syarikat."

Beliau juga menyatakan bahawa syarikat dan orang awam China dan ASEAN amat kurang pemahaman mereka terhadap peranan zon perdagangan bebas ini. Jadi, menurut beliau, kedua-dua pihak perlu meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya pasaran antara satu sama lain. Kata beliau: "Perkara yang penting ialah usahawan dan orang awam kedua-dua pihak perlu meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya pasaran antara satu sama lain. Pasaran ASEAN kini semakin penting bagi China. Ekonomi yang bersifat saling melengkapi antara kedua-dua pihak akan semakin meningkat."

Pakar isu ASEAN, dan ahli Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China, Encik Zhang Yunling menyatakan bahawa penubuhan zon perdagangan bebas ini merupakan titik tolak yang baru dalam perdagangan rantau ini. Seterusnya kita perlu menyempurnakannya. Kata beliau: "Ramai orang kini menyebut-nyebut tentang zon perdagangan bebas China-ASEAN yang akan ditubuhkan pada 1 Januari 2010 ini. Sebenarnya, ia hanyalah permulaan. Masih banyak perkara yang perlu kita buat. Contohnya, perdagangan perkhidmatan dan perdagangan pelaburan. Kita juga perlu meningkatkan keterbukaan kita dan menyempurnakan zon perdagangan bebas ini."

Walaupun terdapat banyak perkara yang perlu disempurnakan, namun, pakar-pakar yang berkenaan tetap optimis terhadap masa depan zon perdagangan bebas ini. Prof. Cao Yunhua berkata: "Pada pandangan saya, zon perdagangan bebas merupakan perkara yang saling menguntungkan bagi China dan ASEAN. Bagi China, ASEAN merupakan jiran yang paling penting, dan iklim yang harmoni ini amat baik bagi perkembangan China. Dari segi ekonomi, ASEAN menjadi rakan dagang dan pelabur yang penting bagi China. China menjadi rakan dagang keempat yang terbesar bagi ASEAN. Bagitu juga sebaliknya. Jadi, kebergantungan ekonomi antara satu sama lain semakin meningkat. Dengan tertubuhnya zon perdagangan bebas China-ASEAN ini, hubungan ekonomi antara kedua-dua pihak akan menjadi semakin rapat."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China