Cari:
Negara-negara Maju Perlu Pikul Tanggungjawab Sewajarnya Hadapi Perubahan Iklim
2009-12-09 10:38:11 CRI Cetak

Negara-negara maju perlu memikul tanggungjawab mereka untuk menghadapi perubahan iklim.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Delegasi China bagi Sidang Perubahan Iklim PBB, Su Wei di Copenhagen semalam.

Beliau yang juga Pengarah Bahagian Perubahan Iklim Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara berkata, beberapa wakil negara maju mengemukakan tuntutan yang melampau mengenai piawaian pengurangan pelepasan gas rumah hijau bagi negara-negara membangun yang tidak selaras dengan peraturan dalam "Protokol Kyoto". Katanya, tugas utama bagi negara-negara membangun ialah membangunkan ekonomi, menghapuskan kemiskinan dan merealisasikan perkembangan berterusan. Negara-negara maju pula, yang sudah selesai proses perindustriannya perlu memikul tanggungjawab yang sewajarnya untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan membantu negara membangun dari segi teknikal dan modal.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China