Cari:
Provinsi Fujian Akan Tandatangani MOU dengan Sekretariat ASEAN
2009-12-09 15:56:22 CRI Cetak

Provinsi Fujian, China akan menandatangani MOU dengan Sekretariat ASEAN untuk mendorong meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua pihak mencapai ke satu tahap yang baru.

Demikian dimaklumkan oleh Naib Ketua Jabatan Kerjasama Ekonomi Perdagangan Luar Fujian, Wang Jian ketika diwawancara wartawan CRI semalam.

Menurut beliau, isi kandungan utama MOU tersebut melibatkan kerjasama dalam 12 bidang seperti pertanian, telekomunikasi, pelaburan, industri pelancongan, sumber tenaga dan alam sekitar, infrastruktur logistik, pendidikan, sains dan teknologi, kebudayaan serta kesihatan.

Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan siap dibina pada 1 Januari tahun hadapan. Beliau menyatakan provinsi Fujian telah mengambil beberapa langkah untuk membantu syarikat perdagangan luar memahami dasar keutamaan yang berkenaan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China