Demikian diumumkan dalam laporan "Iklim Sedunia Tahun 2009" Pertubuhan Iklim Sedunia (WMO) yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung, Michel Jarraud di Copenhagen semalam.
Menurut laporan itu, hanya suhu di Amerika Utara menurun dibandingkan dengan suhu purata pada tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini. Sedangkan, suhu di kawasan lain semuanya terus naik. Kebanyakan kawasan Asia Selatan serta Afrika Tengah sepuluh tahun mengalami iklim paling panas dalam sejarah.
Selain itu, bencana iklim buruk yang diakibatkan oleh perubahan iklim sedunia sering berlaku di beberapa kawasan di dunia, iaitu bencana Taufan, banjir besar, kemarau dan salji tebal.
Laporan tersebut juga menunjukkan China sedang merasai kesan perubahan iklim sedunia. Sebahagian kawasan di China dilanda bencana kemarau paling buruk sejak 50 tahun yang lalu.