Speaker Bank Pembangunan Asia, Haruhiko dalam kenyataannya berkata, hasil yang menggalakkan dan saksama jika dicapai dalam persidangan kali ini, akan membawa kesan yang amat penting terhadap pembangunan rantau Asia-Pasifik.
Pemenang wanita pertama Anugerah Ekonomi Nobel, Elinor Ostrom berkata di Stockholm, Sweden, sepatutnya setiap orang tidak perlu hanya menunggu perjanjian yang dicapai dalam Persidangan Copenhagen sahaja, sebaliknya mengambil tindakan segera untuk menangani isu perubahan iklim.
Ahli ekonomi warga Britain yang terkenal mengenai isu iklim, Nicholas Stern menerangkan, negara maju sepatutnya menyediakan bantuan sebanyak 50 bilion dolar Amerika lagi kepada negara membangun setiap tahun menjelang tahun 2015 berdasarkan perjanjian yang dibuat.
Menteri Alam Sekitar Sweden, iaitu pengerusi bergilir Kesatuan Eropah, Andreas Carlgren mengkritik A.S. yang masih belum membuat janji yang mencukupi dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.