Iklim sejagat menjadi lebih buruk, kandungan karbon dioksida dalam atmosfera bumi mencatat rekod tertinggi pada tahun 2009.
Keputusan ini terkandung dalam hasil penyelidikan terkini Panel Antara Kerajaan PBB mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan dalam Persidangan Copenhagen semalam.
Menurut hasil penyelidikan tersebut, kandungan karbon dioksida dalam atmosfera bumi mencatat 387ppm pada tahun 2009 yang mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.
Selain itu, lapisan ais di Antartika dan pulau Greenland sedang cair dengan cepat dan menyebabkan paras laut naik. Menurut ramalan IPCC, ais di perairan laut Artik kesemuanya dijangka akan cair menjelang tahun 2100. Sekarang keluasan ais di Artik hanya separuh berbanding keluasannya pada tahun 1950.