Cari:
Laman Portal Komersial Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan Beroperasi pada 1 Januari 2010
2009-12-09 14:42:41 CRI Cetak

Laman portal komersial Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) yang dibina bersama oleh China dan ASEAN akan beroperasi pada 1 Januari 2010.

Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan Kaunselor Perdagangan daripada bahagian antarabangsa Kementerian perdagangan China yang juga perunding utama China dalam Jawantankuasa Rundingan Perdagangan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, Zhang Kening. Beliau berkata, laman portal ini akan membantu syarikat-syarikat China dan ASEAN untuk mengetahui dan menggunakan dasar berkenaan.

Dalam forum yang diadakan di Guangzhou, selatan China Zhang Kening berkata, maklumat yang disediakan dalam laman portal tersebut termasuk maklumat yang melibatkan penurunan tarif antara China dengan negara ASEAN, barangan yang akan dijual atau dibeli serta peluang pelaburan antara China dengan negara ASEAN.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China