Cari:
Usahawan China Keluarkan Pengisytiharan tentang Melindungi Alam Sekitar
2009-12-09 16:18:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Forum di Kalangan Ahli Perdagangan China bagi menangani Perubahan Iklim diadakan di Copenhagen semalam. Usahawan China mengeluarkan perisytiharan berkenaan bagi menggambarkan semangat usahawan China yang bertanggungjawab dalam usaha melindungi alam sekitar.

Perisytiharan bertajuk "Harapan kami, Perisytiharan Copenhagan Usahawan China" itu menyebut, usahawan China akan mengambil tindakan perlindungan alam sekitar yang selaras dengan janji kerajaan China kepada masyarakat antarabangsa. Selain itu, diharapkan usahawan seluruh dunia dapat bekerjasama untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam proses pengeluaran oleh syarikat milik mereka. Menurut perisytiharan tersebut, syarikat-syarikat China akan berusaha menjadi golongan yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi, melindungi ekologi dan memikul tanggangjawab pembangunan masyarakat di kalangan syarikat-syarikat di selurh dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China