Persatuan Industri dan Perniagaan Cina Malaysia (ACCCIM) dan Persatuan Peniaga Cina Terkemuka Dunia (WECBA) akan menganjurkan bersama Forum Perniagaan Malaysia-China yang pertama pada tahun hadapan.
Presiden ACCCIM, Tan Sri William Cheng Heng Jem dan Pengerusi WECBA, Lu Junqing mengumumkan dalam sidang media, aktiviti berkenaan untuk menarik pelabur China ke Malaysia. Ia akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Mei tahun depan. Selain itu, lebih 500 orang peniaga keturunan Cina yang terkemuka dari seluruh dunia akan diundang menyertai forum tersebut.