Projek pembekalan elektrik yang berskala 115 kilovolt dari Mengla China ke Namor, Laos beroperasi baru-baru ini.
Projek tersebut dijalankan oleh Syarikat Grid Selatan China (CSG) Berhad dan meliputi provinsi Louang Nam Tha dan Oudomxay, bahagian utara Laos, panjangnya hampir 77 km. Selain itu, skala pembekalan elektrik boleh diubahsuai mengikut keperluan pertumbuhan ekonomi Laos.
CSG merupakan syarikat besar milik negara China dan bertanggungjawab untuk membekalkan tenaga elektrik ke Guangdong, Guangxi dan Yunnan, di selatan China.