Cari:
Jambatan Persahabatan Mampu Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand
2009-12-10 15:20:24 CRI Cetak

Jambatan Persahabatan mampu memperkukuh hubungan yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Thailand. Ini termasuk dalam bidang ekonomi, social, kebudayaan dan pelancongan.

Demikian tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian penjenamaan semula jambatan itu bersama rakan sejawatnya Abishit Vejjajiva.

Menurut Datuk Seri Najib, pembinaan Jambatan Persahabatan itu merupakan sombolik kepada harapan dan hasrat rakyat kedua-dua negara untuk bekerjasama ke arah kejayaan yang lebih besar pada masa depan. Malah beliau gembira, kerana pembinaan jambatan berkenaan adalah satu daripada projek usaha sama yang dilaksana oleh kedua-dua kerajaan di bawah rangka kerja Strategi Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand untuk Kawasan Sempadan (J-D-S).

Jambatan persahbatan sepanjang 120 meter yang bernilai kira-kira 9.2 juta ringgit itu sebelum ini dikenali sebagai Jambatan Muhibbah dan dibuka pada Disember 2007. Ia merupakan jambatan kedua menghubungkan sempadan Malaysia-Thailand selepas jambatan di Sungai Golok yang menghubungkan bandar Sungai Glok di Narathiwat ke Rantau Panjang, Malaysia.

---RTM

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China