Menurut statistik yang diumumkan Bank Rakyat China hari ini, pinjaman wang RMB meningkat 9,210 bilion dalam empoh 11 bulan awal tahun ini. Antaranya, pinjaman wang yang bertambah pada bulan November lalu mencapai 294.8 bilion yuan RMB.
Mulai tahun ini, pinjaman kredit wang RMB semakin meningkat. Sehingga penghujung bula November lalu, jumlah pinjaman yang berlebihan mencapai 39.59 trilion yuan RMB yang meningkat hampir 34% berbanding masa yang sama tahun lalu.
China akan terus melaksanakan dasar kewangan yang longgar pada tahun hadapan, namun dasar tersebut akan menjadi lebih fleksibel dan mempunyai arah yang tertentu.








