Menurut statistik Kastam Negara China, nilai keseluruhan import dan eksport perdagangan luar China mencapai 208.2 bilion dolar Amerika, meningkat 9.8% pada bulan November lalu. Antaranya, jumlah eksport mencapai 113.6 bilion dolar Amerika yang meningkat 2.6%, dan jumlah import mencapai 94.5 bilion dolar Amerika yang bertambah 9% berbanding pada bulan Oktober.
Sehubungan dengan itu, nilai keseluruhan import dan eksport perdagangan luar China mencatat 1,964 bilion dolar Amerika dalam tempoh Januari hingga November tahun ini. Angka tersebut turun 17.5% berbanding masa yang sama tahun lalu. Lebihan perdagangan mencapai 177.9 bilion dolar Amerika yang turun 30.6% berbanding dengan tahun lalu.