Cari:
Ban Ki-moon Menghargai China dan Optimis terhadap PerPersidanganan Copenhagen
2009-12-11 16:15:50 CRI Cetak

Stiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menghargai janji kerajaan China tentang pengurangan pelepasan gas rumah hijau ketika diwawancara di ibu pejabat PBB, di New York semalam. Beliau juga menyatakan rasa optimisnya terhadap PerPersidanganan Perubahan Iklim di Copenhagen yang dijangka dapat meluluskan satu persetujuan politik yang berwibawa.

Ban Ki-moon akan menghadiri Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Perubahan Iklim PBB di Copenhagen pada 15 Disember nanti. Ketika diwawancara oleh media China, beliau mengesahkan langkah kerajaan China untuk menghadapi perubahan iklim, dan menghargai janji China yang dikeluarkan baru-baru ini, iaitu mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida bagi setiap unit Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) sebanyak 40% hingga 45% pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2005.

"China selalu memainkan peranan yang penting dalam menghadapi perubahan iklim. Saya juga amat menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada Presiden China, Hu Jintao yang telah menyertai Persidangan Kemuncak Perubahan Iklim PBB pada bulan September lalu. Kerajaan China baru-baru ini mengeluarkan kenyataan, akan mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida bagi setiap unit KDNK sebanyak 40% hingga 45% pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2005. Tindakan ini amat besar ertinya."

Berkait dengan Persidangan Perubahan Iklim PBB yang sedang diadakan di Copenhagen ini, Ban Ki-moon menyatakan rasa optimisnya terhadap prospek Persidangan tersebut. Menurut beliau, sidang tersebut akan menjadi Persidangan yang amat bermakna dalam sejarah. Para pemimpin dari pelbagai negara anggota akan mencapai persetujuan politik yang berwibawa. Persetujuan ini akan menjadi asas kepada perjanjian perubahan iklim yang sah yang akan ditandatangani pada tahun depan.

"Saya optimis bahawa negara-negara peserta sidang ini akan mencapai kata sepakat di Copenhagen. Persetujuan politik ini akan melibatkan 4 unsur yang berkait dengan perubahan iklim, iaitu sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau negara maju dalam tempoh sederhana, dan perlunya negara membangun melaksanakan tindakan pengurangan pelepasan berdasarkan keadaan negeri masing-masing; negara-negara maju perlu menyediakan pakej rancangan kepada negara-negara membangun untuk menghadapi perubahan iklim; menyediakan bantuan modal dan teknologi kepada negara-negara membangun, khususnya negara yang paling mundur; dan menubuhkan mekanisme rangka global untuk menyelia dan mengawal usaha menangani perubahan iklim."

Beliau juga menegaskan bahawa hingga kini, rundingan berkenaan dengan perubahan iklim masih tetap menghadapi kesukaran dan cabaran. Namun, beliau yakin bahawa persetujuan politik yang dicapai dalam Persidangan Copenhagen akan memberikan sumbangan kepada masyarakat antarabangsa untuk menghasilkan perjanjian perubahan iklim yang sah pada masa depan.

"Persetujuan politik ini akan memberikan kesan kepada rundingan perubahan iklim. Rundingan akan diteruskan. Bantuan modal negara-negara maju akan disediakan kepada negara-negara mambangun pada tahun depan. Jadi, persetujuan politik ini mempunyai kuasa mengikat. Kami juga akan berusaha menghasilkan perjanjian yang sah seawal yang mungkin pada tahun depan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China