Cari:
Bandar-bandar Guangxi Aktif Eratkan Kerjasama Perniagaan dengan Negara ASEAN
2009-12-11 16:53:46 CRI Cetak
Kedudukan Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi di bahagian selatan China yang bersempadan dengan Vietnam, amat penting dalam eprkembangan perniagaan China dan negara anggota ASEAN. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, bandar-bandar provinsi ini aktif meluaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN.

Kerajaan China mulai melaksanakan Rancangan Pembangunan Kawasan Ekonomi Teluk Beibu Utara Guangxi pada awal tahun 2008, yang melibatkan bandar Nanning, Beihai, Qinzhou, Fang Chenggang, Yuling dan Chongzuo. Dengan demikian, Kawasan Teluk Beibu merupakan kawasan berkait yang ke-enam di China.

Dengan latar belakang penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas Cukai China-ASEAN yang akan siap tidak lama lagi, bandar Chongzuo mempercepat pembangunan Kawasan Ekonomi Sempadan China(Ping Xiang)–Vietnam(Dong Dang) supaya meningkatkan taraf kemudahan perdagangan dan pemeriksaan di pintu masuk sempadan.

Bandar Baise yang terletak di barat Guangxi dan bersempadan dengan Vietnam, sumber industri mineral, pertanian dan pelancongannya dapat saling melengkapi dengan Vietnam, Thailand, Kemboja, Indonesia dan Singapura. Bandar ini juga menggubal rancangan bagi menarik peniaga dari anggota ASEAN supaya melancarkan perniagaan pelbagai hala.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China