Cari:
Wakil China Gesa Persidangan Copenhagen Segera Capai Perjanjian
2009-12-11 11:19:37 CRI Cetak

Kegagalan Persidangan Copenhagen kali ini untuk mencapai perjanjian merupakan malapetaka bagi umat manusia. Demikian dinyatakan Su Wei, Naib Ketua Delegasi China dan Ketua Bahagian Perubahan Iklim Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara di Copenhagen semalam.

Su Wei berkata, harapannya terhadap persidangan kali ini termasuk memperkukuh keyakinan, mencapai persepakatan, meningkatkan kerjasama dan mengambil tindakan dengan bersungguh-sungguh. Menurunya, sejak Sidang Pulau Bali berakhir dua tahun lalu, pelbagai pihak telah mengadakan rundingan untuk melaksanakan Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB dan Protokol Kyoto dan telah mencapai hasil tertentu. China berharap perjanjian yang tuntas dan mengandungi kandungan yang substantif dicapai di Copenhagen. Pada masa yang sama, China menganggap, bagi masalah yang tidak dapat mencapai persepakatan ketika ini, rundingan berkenaan boleh diteruskan tetapi ini tidak sepatutnya menjadi halangan bagi mencapai perjanjian di Copenhagen.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China