Cari:
Pemimpin EU Kecewa Terhadap Sasara A.S. dalam Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau
2009-12-11 13:58:24 CRI Cetak

Perdana Menteri Sweden, Fredrik Reinfeldt, yang juga pengerusi bergilir Kesatuan Eropah dan Perdana Menteri Belgium, Yves Leterme mengkritik secara terbuka dasar iklim A.S.. Mereka kecewa terhadap sasaran A.S. untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Musim Sejuk Kesatuan Eropah, Fredrik Reinfeldt berkata kepada wartawan di Brussels, janji A.S. dalam usaha menangani perubahan iklim tidak dapat dibandingkan dengan usaha oleh Kesatuan Eropah. Pemimpin Kesatuan Eropah akan berusaha meningkatkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau kepada 30% menjelang tahun 2020 berbanding dengan 20% pada tahun 1990.

Perdana Menteri Belgium, Yves Leterme berkata, menurut sasaran A.S. yang baru, kadar pelepasan gas rumah hijau mereka hanya diturunkan 4% sahaja menjelang tahun 2020 berbanding dengan tahun 1990. Ini amat tidak selaras dengan peranan A.S. yang hendak mengekalkan kedudukan pimpinannya di dunia dalam bidang perlindungan alam sekitar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China