Indeks Harga Pengguna (CPI) China pada bulan November meningkat 0.6% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Ini merupakan kali pertama CPI naik sejak sembilan bulan lalu. Angka tersebut diumumkan Biro Statistik Negara China hari ini.
Jurucakap Biro Statistik Negara, Sheng Laiyun berkata, kenaikan semula CPI dirangsang oleh kenaikan harga bahan makanan dan perumahan. Sekarang kedudukan ekonomi meningkat semula dan permintaan turut bertambah, menyebabkan harga barang meningkat sederhana. Ini bermanfaat bagi menggalakkan perkembangan ekonomi dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Sheng Laiyun menyatakan, CPI menurun 0.9% pada Januari hingga November berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, manakala Indeks Harga keluaran Industri (PPI) pada bulan November menurun 2.1% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Ini menggambarkan keseluruhan harga masih rendah, oleh itu inflasi tidak berlaku di China sekarang.