Ekonomi Makau telah berkembang pesat sejak dikembalikan ke pangkuan tanah besar China 10 tahun lalu. Perkembangan ini tidak terlepas daripada sokongan kerajaan pusat dan perkemangan pesat di tanah besar.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Ho Hau-wah, ketika diwawancara oleh wartawan CRI pada hari kebelakangan ini.
Beliau berkata, dengan sokongan kerajaan pusat, Makau dapat meningkatkan kemampuannya dalam menyahut cabaran daripada kesan krisis kewangan Asia kira-kira 10 tahun lalu dan mengatasi pelbagai kesulitan ekoran SARS dan krisis kewangan sejagat. Di samping itu, penggunaan, pelancongan dan pelaburan yang diwujudkan oleh rakyat tanah besar di Makau amat mendorong perkembangan ekonomi tempatan. Maka, boleh dikatakan tanah besar banyak menyumbang kepada ekonomi Makau yang dipercayai akan menikmati prospek yang cemerlang.
Menurut statistik, Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Makau ditingkatkan pada tempat yang depan di Asia setelah ia dikembalikan tanah besar. Kadar pengangguran di wilayah itu juga menurun pada kira-kira 3% daripada lebih 6% yang tercatat 10 tahun lalu.