Forum Perniagaan Penerbangan China akan diadakan dalam Pameran Penerbangan Singapura 2010.
Pameran Penerbangan Singapura 2010 dijadualkan pada 2 hingga 7 Februari tahun 2010. Setakat ini, persiapan untuk mengadakan pameran tersebut berada di peringkat akhir. Ketua Pengarah Syarikat Airshow dan Events Singapura (SAE), salah satu penganjur pameran kali ini, Encik Jimmy Lau menyatakan, pameran tersebut akan menarik lebih 800 syarikat dari lebih 40 buah negara.